RSS

Tips Mudah Dapat Pinjaman - Cara suami bantu isteri

Ada orang kata, “Berhutang itu lebih nikmat dari seks.”
Itu orang kata.
Bukan saya.
Sebagai tips tambahan kepada panduan yang ada dalam buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman, suami juga dapat membantu isteri mudah dapat pembiayaan bank.
Begini cara dan penerangannya:
1. Suami kan wajib bagi nafkah seperti makan minum dan tempat tinggal.
2. Jadi elaun bulanan serta duit belanja dapur diberikan kepada isteri.
3. Pemberian tersebut dimasukkan terus ke dalam akaun isteri.
4. JANGAN sesekali beri duit tunai.
5. Ya, Suami bank-in dalam akaun isteri dan isteri keluarkan selepas dapat duit dari suami.
6. Kalau ikut panduan buku tu, mungkin lebih baik masukkan dalam akaun semasa.
7. Jadi elaun dari suami dan duit belanja dapur dapat jadi bukti pendapatan tambahan isteri disamping bisnes part-time yang isteri buat.
Tersenyum kaum ibu yang membaca artikel ni.

Artikel ini dipetik dari laman web http://www.pakdi.net/


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS