RSS

Kenapa Perlu Simpan Silver?

Siri Pelaburan Silver 1

Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan silver , mesti tanya, "Kenapa perlu aku beli?"

Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan dalam silver ada sorang kawan kata:

"Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust? Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun. Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak."

Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya pulak tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan, silver tak memberi dividen dan turun naik harga silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa anda Perlu Melabur

Setiap orang yang bekerja sudah pasti mempunyai pendapatan tidak kiralah samada harian, mingguan mahupun bulanan. Apabila seseorang mula bekerja maka akan bermulalah pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan ini semua menuntut kepada keperluan kewangan.

Seseorang yang mula bekerja sudah pasti akan membuat perancangan masa hadapan seperti memiliki kenderaan sendiri, membeli rumah, berkahwin, dan banyak lagi perkara yang akan ditempuhi selepas itu.

Sedar tidak sedar sebenarnya dalam hidup ini banyak perkara yang akan menyebabkan seseorang berhutang samada dengan institusi perbankan, organisasi kerajaan, keluarga, dan sebagainya. Bagimana pula dengan interest yang dikenakan oleh pihak bank apabila anda membuat pinjaman bagi pembelian kereta, rumah ataupun pinjaman peribadi. Tidakkah ini semua ada melibatkan interest dimana interest yang dikenakan adalah berdasarkan tahunan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS