RSS

Ramai Tidak Merancang Kewangan Peribadi

Berdasarkan kepada tajuk ramainya orang yang tidak merancang kewangan adalah hasil dari pemerhatian dimana apabila saya sendiri membuat pertanyaan dan persembahan untuk menjual produk unit amanah. Daripada apa yang diperhatikan rata-rata orang tidak beringat sebelum kena dan bersikap sambil lewa terhadap merancang kewangan dimana ramai yang tidak menyediakan dana kecemasan, perlindungan dan pelaburan.

Bagi diri seseorang yang sudah berkerja, seharusnya membuat perancangan kewangan untuk melindungi wang daripada sebarang aktiviti atau kegunaan yang diluar jangkaan di kemudian hari. Sikap tidak beringat ini boleh membawa padah kepada diri sendiri apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sebagai contohnya kereta mengalami kerosakan ataupun terpaksa mendapatkan rawatan hospital akibat penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang mahal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penasihat Kewangan Atau Penasihat Pinjaman?

Mungkin masih ramai yang terkeliru dengan penggunaan meluas istilah atau gelaran ‘Penasihat Kewangan’ yang digunapakai oleh sesetengah pihak.

Berikut adalah antara tawaran daripada mereka yang mendakwa memberikan khidmat nasihat kewangan :-

“Kami penasihat kewangan untuk kakitangan kerajaan, swasta & peniaga. Kami membantu pelanggan mendapat pinjaman peribadi ataupun perniagaan dari koperasi dan bank.”

Jika diamati dan diperhatikan jelas sekali kenyataan di atas merujuk kepada kemudahan pinjaman dan bukannya nasihat kewangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS