RSS

Ramai Tidak Merancang Kewangan Peribadi

Berdasarkan kepada tajuk ramainya orang yang tidak merancang kewangan adalah hasil dari pemerhatian dimana apabila saya sendiri membuat pertanyaan dan persembahan untuk menjual produk unit amanah. Daripada apa yang diperhatikan rata-rata orang tidak beringat sebelum kena dan bersikap sambil lewa terhadap merancang kewangan dimana ramai yang tidak menyediakan dana kecemasan, perlindungan dan pelaburan.

Bagi diri seseorang yang sudah berkerja, seharusnya membuat perancangan kewangan untuk melindungi wang daripada sebarang aktiviti atau kegunaan yang diluar jangkaan di kemudian hari. Sikap tidak beringat ini boleh membawa padah kepada diri sendiri apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sebagai contohnya kereta mengalami kerosakan ataupun terpaksa mendapatkan rawatan hospital akibat penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang mahal.



Selagi sikap suka bertangguh dan kurang pengetahuan mengenai pendidikan kewangan ini boleh membuatkan hidup tidak terurus dengan betul dan tidak ada perancangan rapi dari sudut kewangan tambahan lagi wang jika tidak diuruskan dengan betul boleh menyebabkan kita gagal dalam membuat simpanan walaupun sedikit untuk masa hadapan.

Dalam merancang kewangan peribadi ada beberapa perkara asas yang perlu disediakan demi menjamin wang berkembang dan dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya untuk keperluan masa hadapan. Hari demi hari menuntut kepada keperluan kewangan yang banyak dalam kehidupan dimana rata-ratanya pada zaman sekarang ini memerlukan kepada wang.

Setiap orang mempunyai keperluan dan keinginan yang hendak miliki bermula dari kereta, rumah, perkahwinan, anak, pendidikan, barangan mewah dan sebagainya. Maka ini menuntut kepada perancangan kewangsn yang rapi dan terusus dengan betul barulah segala matlamat yang diimpikan dapat dicapai dengan mudah.

Dalam ilmu kewangan wang perlu diasingkan dahulu untuk menbayar diri kita yang penat berkerja siang malam, dan bukannya dibelanjakan dahulu bari fikir hendak menyimpan. Memang menjadi kebiasaan apabila situasi ini diamalkan wang gaji setiap bulan tidak dapat disimpan sebaliknya habis dibelanjakan. Memang susah untuk menyimpan wang kalau tidak dipasti dan di disiplin diri kita ini untuk menyimpan setiap bulan.

Wang gaji harus disimpan setiap bulan dengan kadar 10 % daripada gaji yang diterima sebagai contohnya gaji RM3000 makan simpanan adalah RM300, begitu juga sebaliknya pastikan duit disimpan ke dalam akaun yang mempunyai kecairan yang tinggi seperti akaun simpanan biasa, asb. tabung haji, deposit tetap dan sebagainya. Simpanan ini sebolehnya disimpan dengan kadar 6 bulan dari wang gaji contohnya gaji RM3000 x 6 bulan = RM 18000 disimpan ke dalam akaun yang mudah cair untuk memudahkan peangeluaran jika berlaku kecemasan nanti.

Itu serba sedikit permulaan kepada perlunya merancang dan menyimpan wang sebagai peringat dan persediaan untuk diri kita jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku yang boleh menjejaskan pendapatan kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment