RSS

Kenapa anda Perlu Melabur

Setiap orang yang bekerja sudah pasti mempunyai pendapatan tidak kiralah samada harian, mingguan mahupun bulanan. Apabila seseorang mula bekerja maka akan bermulalah pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan ini semua menuntut kepada keperluan kewangan.

Seseorang yang mula bekerja sudah pasti akan membuat perancangan masa hadapan seperti memiliki kenderaan sendiri, membeli rumah, berkahwin, dan banyak lagi perkara yang akan ditempuhi selepas itu.

Sedar tidak sedar sebenarnya dalam hidup ini banyak perkara yang akan menyebabkan seseorang berhutang samada dengan institusi perbankan, organisasi kerajaan, keluarga, dan sebagainya. Bagimana pula dengan interest yang dikenakan oleh pihak bank apabila anda membuat pinjaman bagi pembelian kereta, rumah ataupun pinjaman peribadi. Tidakkah ini semua ada melibatkan interest dimana interest yang dikenakan adalah berdasarkan tahunan.



Bila bercakap tentang interest yang dikenakan oleh pihak yang memberikan pinjaman maka nilai bayaran balik adalah melebihi dari nilai pinjaman. Sebagai contohnya anda meminjam wang sebanyak RM50,000 dan membuat bayaran bulanan selama 10 tahun maka nilai yang dibayar sebenar hampir mencecah RM 100,000, disinilah sebenarnya anda kerugian wang yang banyak disebabkan dikenakan interest oleh pihak bank.

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mengurangkan nilai interest yang telah dikenakan oleh pihak bank kepada anda dan bagaimana caranya? Selain itu pula bagaimana pula dengan kenaikan harga barangan keperluan harian yang setiap tahun semakin meningkat, tidakkah ini akan mengecilkan lagi nilai wang yang anda miliki sekarang. Sebagai contohnya kalau dahulu secawan kopi boleh dibeli dengan harga RM0.50 dan pada zaman sekarang secawan kopi yang sama bernilai RM1.00 inilah yang dikatakan inflasi.

Inflasi menjadikan nilai wang yang anda ada sekarang mengalami susut nilai lihat saja kepada sektor hartanah dahulu rumah boleh dibeli dengan harga di bawah RM100,000 dan sekarang ini rumah yang sama berharga RM100,00 ke atas. Oleh sebab itulah anda perlu membuat pelaburan bagi mengimbangi susut nilai semasa.

Pelaburan digunakan sebagai kaedah untuk mengimbangi nilai wang yang mengalami susut nilai setiap tahun, maka pemilihan instrument pelaburan yang sesuai dan dapat memberikan nilai pulangan yang melebihi nilai inflasi adalah amat penting sekali. Ramai yang tidak sedar perkara ini dan tidak mengendahkan tentang membuat pelaburan sebaliknya hanya menyimpan wang di dalam akaun simpanan biasa di bank.

Sebenarnya wang yang disimpan di dalam akaun simpanan biasa tidak mampu untuk mengimbangi susut nilai dan menjelaskan semula kehilangan wang akibat dari interest dari pinjaman. Maka sedarlah betapa pentingnya kita semua membuat pelaburan demi menjamin wang yang dimiliki sentiasa berkembang dan bertambah dari semasa ke semasa.

Salah satu instrument pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang boleh melawan inflasi dan interest adalah melalui pelaburan unit amanah yang sudah ada di pasaran, tinggal lagi masa untuk memilih dan membuat pelaburan.

Ketahui Kaedah Sebenar Melabur Dalam Unit Amanah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment