Setiap orang harus mempunyai matlamat kewangan yang hendak dicapai terutamanya kepada mereka yang baru bekerja. Mungkin ramai yang kurang memberikan perhatian atau tidak tahu apa itu matlamat kewangan dan ada juga segelintir daripada kita menganggap merancang kewangan ini hanya untuk mereka yang kaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Pandangan sebegini kurang tepat kerana setiap orang yang hidup mempunyai impian untuk memiliki sesuatu dalam hidupnya.
Apakah itu matlamat kewangan?
Kenapa ianya perlu dibuat ?
Bagaimana untuk melaksanakannya?
Sebelum saya menjawab persoalan di atas perlu kita faham dahulu pengertian matlamat kewangan supaya memudahkan anda memahami maklumat seterusnya nanti. Matlamat kewangan adalah matlamat yang kita tetapkan pada diri kita yang memerlukan penggunaan wang yang banyak dan ianya memakan masa untuk dicapai.
Matlamat kewangan sangat diperlukan tidak kira siapa asalkan sesorang itu ada menggunakan wang dalam hidupnya maka ia perlu mempunyai matlamat kewangan sebagai contoh berikut :-
Membayar hutang
Membuat simpanan kecemasan
Membuat pelaburan
Membeli kereta
Membeli rumah
Menyediakan dana persaraan
Membeli barangan berharga
Melancong
Menunaikan haji
Ini adalah antara matlamat yang telah anda rancang pada peringkat awal, apabila matlamat sudah ada, maka kita sudahpun mempunyai sasaran dan cuba untuk mencapai matlamat tadi. Kehidupan kita akan menjadi lebih teratur dan disiplin demi untuk mengejar matlamat tadi dan cuba sedaya upaya untuk menyimpan wang setiap bulan serta menambahkan pendapatan.
Matlamat yang telah dirancang dan ditulis hendaklah mengikut kaedah tertentu dimana setiap matlamat kita haruslah menepati faktor-faktor berikut :-
S - M - A - R - T
Matlamat kewangan yang dibuat haruslah SMART atau kata lain bagi smart adalah bijak, tapi dalam konteks ini SMART membawa maksud yang berbeza iaitu :-
S = Specific
Setiap matlamat yang kita tetapkan harus spesifik atau khusus. Contohnya " Aku ingin mempunyai dana persaraan sebanyak RM2,000,000 pada umur 55 tahun.
M = Measurable
Setiap matlamat yang kita tetapkan haruslah boleh diukur dan dinilaikan dengan wang. Contohnya " Aku ingin mempunyai dana untuk bersara sebanyak RM2,000,000 pada umur 55 tahun dan jangka masa bekerja ada lagi 30 tahun. Ukuran disini adalah nilai RM2 Juta yang hendak dicapai dalam tempoh 30 tahun lagi.
A = Attainable
Setiap matlamat yang ditetapkan harus boleh dicapai dan bukannya khayalan semata-masa atau mimpi yang tak pasti. Contohnya nilai RM2,000,000 adakah dapat dicapai dalam tempoh 30 tahun berkerja kalau mengikut perkiraan memang boleh dicapai dengan jumlah simpanan tertentu dan tempoh yang ditetapkan.
R = Realistic & Relevan
Setiap matlamat yang kita tetapkan juga haruslah realistik dan berkaitan dengan diri sendiri. Contohnya bagaimanalah nak capai simpanan RM2,000,000 dalam tempoh 30 tahun, Apakah instrument kewangan yang boleh digunakan? Bolehkan kita kekalkan simpanan bulanan atau tahunan selama 30 tahun berturut-turut.
Dana persaraan memang berkaitan dengan diri kita dan semua orang pasti akan bersara dan memerlukan belanja yang besar untuk meneruskan hidup sedangkan kita sudahpun berhenti kerja dan kos perubatan semakin tinggi.
T = Time-Bound
Satiap matlamat yang kita tetapkan haruslah mempunyai tempoh masa untuk dicapai. Contohnya mempunyai dana persaraan RM2,000,000 memerlukan masa selama 30 tahun dan simpanan bulana RM 384.00 dan dilaburkan di dalam saham unit amanah yang memberikan pulangan dividen purata 15% selama 30 tahun. Setiap matlamat mempunyai tempoh masa yang berbeza sebagai perbandingan membeli kereta dengan membeli rumah. Kereta biasanya akan dibeli oleh seorang yang baru berkerja dalam tempoh 3 - 5 tahun lagi. Manakala bagi membeli rumah ianya mungkin mengambil masa 5 - 10 tahun.
Secara kesimpulannya setiap orang haruslah mempunyai matlamat kewangan sendiri. Semasa membuat matlamat pastikan ianya menepati setiap faktor yang dinyatakan diatas sebelum dilaksanakannya. Apabila kita sudah mempunyai matlamat yang hendak dicapai, rancanglah kaedah untuk mencapai matlamat kewangan tadi terutamanya bagaimana untuk meningkatkan wang selain dari hanya menyimpan di akaun simpanan biasa atau simpanan tetap yang hanya memberikan dividen sekitar 1% - 3%. Carilah instrument yang boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi sesuai dengan matlamat kewangan anda yang mempunyai tempoh masa tertentu sebagai contohnya kalau hendak menyimpan wang untuk deposit rumah dalam tempoh 5 - 10 tahun pilihlah unit amanah yang boleh memberikan pulang dividen purata 15% supaya matlamat untuk mendapatkan wang pendahuluan membeli rumah tercapai.
Ketahui Kaedah Sebenar Melabur Dalam Unit Amanah

Rancang Matlamat Kewangan Anda
Labels:
matlamat kewangan
09:07
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment