RSS

Wang Untuk Hidup VS Hidup Untuk Wang

Topik kali ini berkisar mengenai kepentingan dan tujuan wang dalam kehidupan seharian, mungkin ungkapan ini biasa kita dengar " Wang Untuk Hidup dan bukan Hidup Untuk Wang". Dari ungkapan ini memberikan makna yang begitu mendalam dan jika salah pengertian boleh menyebabkan kita menjadi hamba kepada wang.

Pengertian dan pemahaman tentang fungsi atau kegunaan wang menjadikan kita tidak terlalu mengejar kewangan dalam hidup dan wang ini hanyalah sebagai alat untuk meneruskan kehidupan manusia. Tanpa wang kita tidak dapat mengecapi nikmat hidup yang sebenar dalam dalam agama Islam pun kita digalakkan untuk berkerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan seharian. Islam tidak menyuruh umatnya supaya tidak bekerja dan hanya meminta sedekah dan Islam lebih suka jika umatnya rajin dan kaya raya disamping dapat menggunakan wang untuk tujuan amal ibadah.



Dalam mengejar wang kita berusaha keras dengan bekerja siang atau malam untuk mendapat wang dan ramai yang kurang berkira-kira soal wang dimana dalam bab wang ramai dikalangan kita boros dalam berbelanja dan ada sesetengahnya sukar mengawal diri apabila mempunyai wang. Bila ada wang di tangan ada saja benda yang hendak dibeli untuk kepuasan diri atau keluarga.

Kehidupan hari ini memerlukan kepada banyak penggunaan wang dan ada di kalangan kita yang terpaksa membuat kerja sampingan akibat dari peningkatan taraf hidup dengan kenaikan harga barang. Situasi ini merumitkan dan mengakibatkan kepada hilang kawalan terhadap wang yang seharusnya digunakan dengan berhemah. Kesan dari penggunaan wang yang tidak bijak ini mengakibatkan kita dibelenggu hutang dan masalah kewangan yang serius.

Ilmu dalam pengurusan tidak diajarkan semasa persekolahan malah ilmu yang banyak diajarkan dalam kehidupan adalah ilmu menggunakan wang atau menghabiskan wang, manakan tidak semua kedai, pasaraya membuat jualan dan menawarkan pelbagai baranga menarik untuk dibeli ditambah lagi dengan skim pinjaman mudah tanpa bayaran selama 30 hari dan sebagainya. Iinilah punca yang membuatkan orang kelabu mata dan tanpa membuat perancangan membeli mengikut selera masing-masing dan tidak lagi mengikut keperluan semasa.

Memandangkan perkara ini banyak berlaku dan sedang berlaku maka saya sebagai Perunding Pelaburan terpanggil untuk membantu mereka dengan berkongsian maklumat mengenai cara bagaimana kita sepatutnya menguruskan kewangan dengan bijak dan berhemah supaya dalam kehidupan kita tidak berlaku masalah kewangan yang boleh menyebabkan seseorang itu muflis. Jika ini tidak dibendung dan tidak diambil tindakan oleh semua pihak maka akan lahirlah ramai golongan muflis di sana sini akibat dari tidak menggunakan wang dengan bijak dan tiada perancangan yang rapi tentang kewangan.

Sebagai penutup marilah kita sama-sama lihat semua kedudukan kewangan dan menilai semula bagaimana penggunaan wang dalam kehidupan seharian bagi membolehkan kita semua dalam meneruskan perjalanan hidup dengan selesa dan jauh dari masalah kewangan.

Ketahui Kaedah Sebenar Melabur Dalam Unit Amanah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment