RSS

Pelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda

Dalam pelaburan masih ramai yang tidak faham tentang pemelbagaian portfolio pelaburan dimana dapat diperhatikan ramai orang yang hanya menumpukan kepada pelaburan yang menguntungkan sahaja dan tidak mengurangkan risiko dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

Apakah sebenarnya fungsi kita membuat beberapa portfolio untuk pelaburan?. Sebenarnya dalam ilmu pelaburan pemelbagaian atau diversification sangat penting untuk mengurangkan risiko kerugian akibat dari kegagalan dalam sesuatu pelaburan sebagai contonhnya anda melabur dalam 5 buah syarikat dan dalam tempoh jangka masa tertentu 2 syarikat telah gagal dalam perniagaannya dan mengalami kemerosotan maka anda masih lagi mempunyai 3 syarikat yang memberikan pulangan secara tak langsung wag pelaburan masih lagi selamat dan tidak hilang semua.



Inilah sebenarnya penting bagi kita semu membuat pemelbagaian dalam pelaburan sebagai contoh mudahnya Ali membuat pelaburan di dalam ASB, TABUNG HAJI, KWSP, UNIT AMANAH, HARTANAH dan BSKL. Ini adalah contoh dimana kita boleh membuat beberapa pelaburan yang mempunyai kadar risiko dan pulangan yang berbeza iaitu Risiko Rendah, Sederhana dan Tinggi yang akan memberikan keuntungan yang berbeza iaitu Rendah, Sederhana dan Tinggi.

Kesimpulannya setiap orang harus memiliki beberapa portfolio pelaburan yang dapat menjamin pulangan dari semasa ke semasa dan haruslah mengambilkira pelaburan yang terbaru dan terkini di pasaran seperti pelaburan emas, unit amanah, perak dan sebagainya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment