RSS

Ramai Tidak Merancang Kewangan Peribadi

Berdasarkan kepada tajuk ramainya orang yang tidak merancang kewangan adalah hasil dari pemerhatian dimana apabila saya sendiri membuat pertanyaan dan persembahan untuk menjual produk unit amanah. Daripada apa yang diperhatikan rata-rata orang tidak beringat sebelum kena dan bersikap sambil lewa terhadap merancang kewangan dimana ramai yang tidak menyediakan dana kecemasan, perlindungan dan pelaburan.

Bagi diri seseorang yang sudah berkerja, seharusnya membuat perancangan kewangan untuk melindungi wang daripada sebarang aktiviti atau kegunaan yang diluar jangkaan di kemudian hari. Sikap tidak beringat ini boleh membawa padah kepada diri sendiri apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sebagai contohnya kereta mengalami kerosakan ataupun terpaksa mendapatkan rawatan hospital akibat penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang mahal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penasihat Kewangan Atau Penasihat Pinjaman?

Mungkin masih ramai yang terkeliru dengan penggunaan meluas istilah atau gelaran ‘Penasihat Kewangan’ yang digunapakai oleh sesetengah pihak.

Berikut adalah antara tawaran daripada mereka yang mendakwa memberikan khidmat nasihat kewangan :-

“Kami penasihat kewangan untuk kakitangan kerajaan, swasta & peniaga. Kami membantu pelanggan mendapat pinjaman peribadi ataupun perniagaan dari koperasi dan bank.”

Jika diamati dan diperhatikan jelas sekali kenyataan di atas merujuk kepada kemudahan pinjaman dan bukannya nasihat kewangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wang Untuk Hidup VS Hidup Untuk Wang

Topik kali ini berkisar mengenai kepentingan dan tujuan wang dalam kehidupan seharian, mungkin ungkapan ini biasa kita dengar " Wang Untuk Hidup dan bukan Hidup Untuk Wang". Dari ungkapan ini memberikan makna yang begitu mendalam dan jika salah pengertian boleh menyebabkan kita menjadi hamba kepada wang.

Pengertian dan pemahaman tentang fungsi atau kegunaan wang menjadikan kita tidak terlalu mengejar kewangan dalam hidup dan wang ini hanyalah sebagai alat untuk meneruskan kehidupan manusia. Tanpa wang kita tidak dapat mengecapi nikmat hidup yang sebenar dalam dalam agama Islam pun kita digalakkan untuk berkerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan seharian. Islam tidak menyuruh umatnya supaya tidak bekerja dan hanya meminta sedekah dan Islam lebih suka jika umatnya rajin dan kaya raya disamping dapat menggunakan wang untuk tujuan amal ibadah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancang Matlamat Kewangan Anda

Setiap orang harus mempunyai matlamat kewangan yang hendak dicapai terutamanya kepada mereka yang baru bekerja. Mungkin ramai yang kurang memberikan perhatian atau tidak tahu apa itu matlamat kewangan dan ada juga segelintir daripada kita menganggap merancang kewangan ini hanya untuk mereka yang kaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Pandangan sebegini kurang tepat kerana setiap orang yang hidup mempunyai impian untuk memiliki sesuatu dalam hidupnya.

Apakah itu matlamat kewangan?
Kenapa ianya perlu dibuat ?
Bagaimana untuk melaksanakannya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengenalan

Selamat berkunjung ke laman blog ini, disini saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai tips dan maklumat kewangan untuk menjadikan hidup kita semua terurus dengan ilmu pengurusan kewangan yang betul dan tepat dari orang yang layak bercakap mengenai kewangan.

Saya akan berkongsikan dengan anda semua segala ilmu pengetahuan saya dalam bidang kewangan ini terutamanya dalam perancangan kewangan yang berkaitan dengan pelaburan.

Diharap ilmu yang disampaikan disini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan dan digunakan untuk membimbing anda dalam membuat perancangan kewangan yang betul dalam kehidupan supaya kita semua tidak terjebak dan terperangkat dengan beban hutang yang boleh membuatkan hidup merana dan sengsara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS