RSS

Tips Mudah Dapat Pinjaman - Cara suami bantu isteri

Ada orang kata, “Berhutang itu lebih nikmat dari seks.”
Itu orang kata.
Bukan saya.
Sebagai tips tambahan kepada panduan yang ada dalam buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman, suami juga dapat membantu isteri mudah dapat pembiayaan bank.
Begini cara dan penerangannya:
1. Suami kan wajib bagi nafkah seperti makan minum dan tempat tinggal.
2. Jadi elaun bulanan serta duit belanja dapur diberikan kepada isteri.
3. Pemberian tersebut dimasukkan terus ke dalam akaun isteri.
4. JANGAN sesekali beri duit tunai.
5. Ya, Suami bank-in dalam akaun isteri dan isteri keluarkan selepas dapat duit dari suami.
6. Kalau ikut panduan buku tu, mungkin lebih baik masukkan dalam akaun semasa.
7. Jadi elaun dari suami dan duit belanja dapur dapat jadi bukti pendapatan tambahan isteri disamping bisnes part-time yang isteri buat.
Tersenyum kaum ibu yang membaca artikel ni.

Artikel ini dipetik dari laman web http://www.pakdi.net/


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Untung goyang kaki ke-2 tertinggi

Salam Ceria!

Harga emas semakin meningkat dan ramai jugalah yang terkejar-kejar hendak membeli emas walhal ianya sudah memang mahal.. Ada di antara kita dengar-dengar cakap kawan-kawan yang berprinsip "Kalau tak beli sekarang.. harga emas akan terus naik." Saya dah lama di dalam pelaburan emas, saya tak boleh nafikan yang pelaburan emas boleh dipanggil

"Untung Goyang Kaki Ke-2 Tertinggi"

Aikk!!! Untung apa yang paling tinggi???

Betul-betul tak tahu atau anda semua saja buat-buat tak tahu...
Tahukah anda yang SILVER adalah pelaburan yang membawa pulangan yang paling tinggi iaitu rekod tahun lepas iaitu lebih 100% berbanding emas sekitar 37%...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelbagaikan Portfolio Pelaburan Anda

Dalam pelaburan masih ramai yang tidak faham tentang pemelbagaian portfolio pelaburan dimana dapat diperhatikan ramai orang yang hanya menumpukan kepada pelaburan yang menguntungkan sahaja dan tidak mengurangkan risiko dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

Apakah sebenarnya fungsi kita membuat beberapa portfolio untuk pelaburan?. Sebenarnya dalam ilmu pelaburan pemelbagaian atau diversification sangat penting untuk mengurangkan risiko kerugian akibat dari kegagalan dalam sesuatu pelaburan sebagai contonhnya anda melabur dalam 5 buah syarikat dan dalam tempoh jangka masa tertentu 2 syarikat telah gagal dalam perniagaannya dan mengalami kemerosotan maka anda masih lagi mempunyai 3 syarikat yang memberikan pulangan secara tak langsung wag pelaburan masih lagi selamat dan tidak hilang semua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perisian Kewangan Peribadi

Bagaimana anda menguruskan kewangan peribadi setiap hari, pernahkah anda membuat budget, merekod pengeluaran dan kemasukan wang, dan menilai tahap kesihatan kewangan anda.

Disini saya ingin kongsikan dengan anda satu perisian kewangan yang dapat membantu anda menguruskan kewangan dengan sistematik dan berkesan tanpa perlu lagi menulisnya pada kertas atau menggunakan kaedah sampul surat dan lain-lain kaedah yang lama.



Kini anda boleh merancang belanjawan anda, merekodkan perbelanjaan keluar dan masuk setiap hari, dan menilai tahap kesihatan kewangan anda. Dengan adanya sistem rekod seperti ini anda akan lebih cekap menguruskan kewangan peribadi dan mampu menilai, memantau dan membuat perubahan kepada aliran kewangan anda nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banding peratusan kenaikan emas dan perak

Saya nak kongsi cara mudah untuk membandingkan peratusan kenaikan (atau penurunan) harga emas dan silver sedunia.

Layari:---> http://www.goldprice.org/

Di sebelah atas dan kanan lama tersebut, anda boleh lihat perbandingan jelas prestasi emas berbanding silver dalam tempoh 1 hari sehinggalah tempoh 5 tahun.

anda hanya perlu menggunakan drop down menu untuk memilih untuk melihat harga emas atau silver.

Jika anda mahu melihat graf sejarah yang lebih jelas, layari web berikut.

Layari:---> http://www.goldprice.org/gold-price-history.html
Layari:---> http://silverprice.org/silver-price-history.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Perlu Simpan Silver?

Siri Pelaburan Silver 1

Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan silver , mesti tanya, "Kenapa perlu aku beli?"

Bila saya mula cerita tentang kepentingan menyimpan dalam silver ada sorang kawan kata:

"Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust? Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun. Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak."

Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya pulak tak boleh nafikan yang duit ASB masih dikira simpanan, silver tak memberi dividen dan turun naik harga silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa anda Perlu Melabur

Setiap orang yang bekerja sudah pasti mempunyai pendapatan tidak kiralah samada harian, mingguan mahupun bulanan. Apabila seseorang mula bekerja maka akan bermulalah pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan ini semua menuntut kepada keperluan kewangan.

Seseorang yang mula bekerja sudah pasti akan membuat perancangan masa hadapan seperti memiliki kenderaan sendiri, membeli rumah, berkahwin, dan banyak lagi perkara yang akan ditempuhi selepas itu.

Sedar tidak sedar sebenarnya dalam hidup ini banyak perkara yang akan menyebabkan seseorang berhutang samada dengan institusi perbankan, organisasi kerajaan, keluarga, dan sebagainya. Bagimana pula dengan interest yang dikenakan oleh pihak bank apabila anda membuat pinjaman bagi pembelian kereta, rumah ataupun pinjaman peribadi. Tidakkah ini semua ada melibatkan interest dimana interest yang dikenakan adalah berdasarkan tahunan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramai Tidak Merancang Kewangan Peribadi

Berdasarkan kepada tajuk ramainya orang yang tidak merancang kewangan adalah hasil dari pemerhatian dimana apabila saya sendiri membuat pertanyaan dan persembahan untuk menjual produk unit amanah. Daripada apa yang diperhatikan rata-rata orang tidak beringat sebelum kena dan bersikap sambil lewa terhadap merancang kewangan dimana ramai yang tidak menyediakan dana kecemasan, perlindungan dan pelaburan.

Bagi diri seseorang yang sudah berkerja, seharusnya membuat perancangan kewangan untuk melindungi wang daripada sebarang aktiviti atau kegunaan yang diluar jangkaan di kemudian hari. Sikap tidak beringat ini boleh membawa padah kepada diri sendiri apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sebagai contohnya kereta mengalami kerosakan ataupun terpaksa mendapatkan rawatan hospital akibat penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang mahal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penasihat Kewangan Atau Penasihat Pinjaman?

Mungkin masih ramai yang terkeliru dengan penggunaan meluas istilah atau gelaran ‘Penasihat Kewangan’ yang digunapakai oleh sesetengah pihak.

Berikut adalah antara tawaran daripada mereka yang mendakwa memberikan khidmat nasihat kewangan :-

“Kami penasihat kewangan untuk kakitangan kerajaan, swasta & peniaga. Kami membantu pelanggan mendapat pinjaman peribadi ataupun perniagaan dari koperasi dan bank.”

Jika diamati dan diperhatikan jelas sekali kenyataan di atas merujuk kepada kemudahan pinjaman dan bukannya nasihat kewangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wang Untuk Hidup VS Hidup Untuk Wang

Topik kali ini berkisar mengenai kepentingan dan tujuan wang dalam kehidupan seharian, mungkin ungkapan ini biasa kita dengar " Wang Untuk Hidup dan bukan Hidup Untuk Wang". Dari ungkapan ini memberikan makna yang begitu mendalam dan jika salah pengertian boleh menyebabkan kita menjadi hamba kepada wang.

Pengertian dan pemahaman tentang fungsi atau kegunaan wang menjadikan kita tidak terlalu mengejar kewangan dalam hidup dan wang ini hanyalah sebagai alat untuk meneruskan kehidupan manusia. Tanpa wang kita tidak dapat mengecapi nikmat hidup yang sebenar dalam dalam agama Islam pun kita digalakkan untuk berkerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan seharian. Islam tidak menyuruh umatnya supaya tidak bekerja dan hanya meminta sedekah dan Islam lebih suka jika umatnya rajin dan kaya raya disamping dapat menggunakan wang untuk tujuan amal ibadah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS